Penyusuan ibu - pilihan ibu atau anak?

Leave a Comment

Pengalaman saya mungkin tidak sebanyak kawan-kawan lain. Cuma mungkin situasi saya ada perbezaan dengan ibu-ibu lain di luar sana. Saya telah menyusukan anak pertama selama 2 tahun 2 bulan. Pada 1 tahun 7 bulan pertama tiada susu formula diperkenalkan. Dan selepas itu, anak sulung saya menolak susu perahan ketika saya mengandung 5 bulan tetapi masih meneruskan penyusuan ibu di sebelah malam. Apabila adiknya lahir, abang menolak terus susu ibu. Sekarang, adiknya telah berusia 1 tahun 2 bulan dan masih menyusu dengan baik. Harapnya boleh berkekalan sekurang-kurangnya sehingga umurnya 2 tahun. Dan semoga Allah permudahkan perjalanan penyusuan kami berdua...

Ketika lahir, Allah kurniakan satu naluri yang sangat kuat pada ibu dan anak untuk berinteraksi melalui sentuhan, dakapan dan penyusuan ibu. Tindakbalas semulajadi menyebabkan bayi mencari payudara ibu apabila diletakkan di dada sejurus selepas dilahirkan, walaupun belum membuka mata. Susu ibu pula terhasil dengan sendiri (hasil tindakbalas hormon ibu) setelah dirangsang oleh bayi. Maha Suci Allah yang telah menentukan rezeki anak dan ibu tanpa perlu kita risau.Percaya atau tidak? Susu yang dihasilkan oleh ibu sememangnya cukup untuk memenuhi keperluan anak. Seawal hari pertama dilahirkan, perut bayi hanya sebesar guli kecil yang dianggarkan cuma memerlukan 5-7ml susu dalam satu-satu masa. Sedangkan seorang ibu mampu menghasilkan susu lebih dari itu. Kebanyakan ibu tersalah tafsir dengan tangisan bayi yang berterusan, menyangkakan anak anda kelaparan. Ingat! jika bayi anda menangis, ada beberapa sebab yang perlu anda tahu dan periksa :
  1. Lapar
  2. Lampin Basah
  3. Mahu tidur
  4. Sakit/ tidak selesa
  5. Tanpa sebab - hanya mahukan perhatian anda!
Jadi, kenapa timbul isu susu tidak cukup? Ada ke istilah 'takde susu' ? Sebenarnya, dalam keadaan ibu yang masih keletihan selepas bersalin, ditambah pula dengan tidur yang tidak cukup dan kesakitan yang belum hilang, amat mudah anda membuat kesimpulan begitu apabila anak menangis tidak berhenti. Ada juga kes di mana ibu benar-benar mempunyai susu yang kurang atau 'Low Milk Supply'. Antara penyebab ialah:

FAKTOR BAYI
  1. Pramatang - bayi yang dilahirkan pramatang mungkin mengambil masa untuk belajar menyusu disebabkan pertumbuhan refleks untuk menghisap, menelan dan bernafas yang belum matang
  2. Mulut - bayi yang dilahirkan dengan masalah bentuk fizikal yang abnormal seperti sumbing, lidah melekat (tongue-tie) dan sebagainya, mungkin memerlukan bantuan penyusuan
  3. Alahan/ sensitif terhadap makanan - boleh menyebabkan bayi memilih dan cerewet terhadap penyusuan ibu
  4. Sakit - masalah reflux, GERD (Gastro-esophageal reflux disease), Sindrom Down, masalah saraf dan sebagainya boleh mengganggu penyusuan
Faktor disebabkan bayi perlu dirujuk kepada Pakar Laktasi atau Ahli Terapi Pemakanan.

FAKTOR IBU
  1. Kesakitan - masalah penyusuan seperti masisitis, engorgement (bengkak susu), puting merekah/ pecah, thrush, clogged duct (susu tersumbat) jika tidak diuruskan dengan baik juga boleh menyebabkan kesakitan yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu terganggu
  2. Puting pendek/ tenggelam - masalah jangkamasa pendek yang boleh diatasi dengan bantuan dan bimbingan pakar.
  3. Masalah hormon/ fizikal - anemia, thyroid, PCOS (Polycystic Ovary Syndrome), diabetis (insulin reliable), insufficient glandular tissue (IGT) juga boleh menjejaskan kuantiti susu ibu
Kebanyakan masalah yang disebabkan faktor ibu boleh diselesaikan dengan mengambil sedikit masa, memerlukan kesabaran, bimbingan dan tunjuk ajar dari pakar, rawatan perubatan serta perubahan gaya hidup dan diet. Pengambilan sesetengah makanan, herba dan ubatan penggalak susu juga mungkin membantu.

LAIN-LAIN FAKTOR

Faktor berikut juga MUNGKIN menjejaskan penghasilan susu ibu yang mencukupi untuk anak:
  1. Obesiti
  2. Merokok
  3. Tekanan dan kehilangan darah selepas bersalin
  4. Pengambilan ubat
  5. Allergi kepada sesetengah makanan yang bersifat anti-lactogenic bagi sesetengah ibu
Jadi... ibu-ibu sekalian, jika anda tidak mengalami apa-apa masalah seperti di atas, MUNGKIN anda sebenarnya tidak di kategorikan sebagai 'kurang susu'. Dengan sedikit keyakinan, usaha dan doa Insya Allah masalah kurang susu boleh diatasi. Nanti saya akan kongsi lagi info berkaitan isu ini ok?

Sertailah BigsmileZone Page di Facebook untuk maklumat terkini promosi, produk dan info-info berkaitan. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 936 66681 atau email ke bigsmilezone@gmail.com
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home
Zeti & Halim Properties. Powered by Blogger.